top of page

 

 

ACTIVITIES IMPLEMENTED

Beginning with the First National Seminar on SRI in 2012, SRI has set up a global sponsor of the Committee for the Society to register. In addition, a number of key activities such as Integrated Pest Management Seminar (Integrated Pest Management, IPM) was held in 2013, while SRI Second National Seminar was held in the same year. Various activities have been successfully implemented community networks, including a number of public awareness and training project with SRI players at the farm level as in Mersing, Johor, Sri Lovely, Sik, Kedah in Gulok Lake, Ledang, Johor and several other projects Kuala Selangor and Sekinchan. .Program Elemental exposure and stabilization of SRI methods have been carried out with the involvement of university students, including those from foreign countries like Mexico, Korea, Taiwan, Japan, Indonesia, the Philippines and several schools around the country. Herewith is the intention of the Association that all players SRI is driven legally with a more robust and efficient for the sake of our common future. Now it is time for the Association has been registered officially launched.

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Bermula dengan Seminar Kebangsaan Pertama SRI pada tahun 2012, penggiat SRI telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penaja bagi mendaftar Persatuan ini. Di samping itu, beberapa aktiviti utama seperti Seminar Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management, IPM) telah diadakan pada tahun 2013, , manakala  Seminar Kebangsaan SRI Kedua juga telah di adakan pada tahun yang sama. Pelbagai  aktiviti jaringan masyarakat telah berjaya dilaksanakan,  termasuklah beberapa projek kesedaran awam dan latihan bersama dengan  penggiat-penggiat SRI di peringkat ladang seperti di Tumpat, Kelantan, di Sri Lovely, Sik, Kedah, di Kesang Tasek, Ledang, Johor dan beberapa projek lain di Kuala Selangor dan Sekinchan. .Program berunsur pendedahan dan pemantapan kaedah SRI juga giat dilaksanakan dengan penglibatan pelajar-pelajar universiti termasuk dari luar negara seperti Mexico, Korea, Taiwan, Jepun, Indonesia, Filipina dan juga beberapa buah sekolah di seluruh pelusuk negara. Dengan ini maka adalah menjadi hasrat semua penggiat SRI supaya Persatuan ini digerakkan secara sah dengan lebih mantap dan berkesan demi kepentingan masa depan kita bersama. Kini sudah tibalah masanya bagi Persatuan yang telah berdaftar ini dilancarkan dengan rasminya.

bottom of page